JEJAK HAMKA
Padang - Bukit Tinggi - Maninjau
JEJAK LASKAR PELANGI
Belitung
JEJAK ACEH
Banda Aceh - Pulau Weh
JEJAK JOGJA KOTA CINTA
Jogjakarta
JEJAK KARTINI
Semarang - Jepara - Rembang - Demak - Kudus

Kembara ke Padang juga dikenali sebagai kembara Jejak Hamka.Β Buya Hamka yang merupakan ulama’ besar nusantara ini dilahirkan dan dibesarkan di Maninjau yang kaya dengan adat Minangkabau. Dengan menyertai kembara ini, berpeluang untuk melihat, memahami dan merasai pengalaman budaya orang Minangkabau selain mengambil inspirasi dari keindahan alamnya yang membentuk ramai tokoh hebat yang lahir dari Padang ini.

Previous
Next

Jejak Laskar Pelangi menjejak inspirasi dan mimpi-mimpi Andrea Hirata. Belitung. Novel Laskar Pelangi yang pernah menjadi fenomena diterjemah hingga ke 30 lebih bahasa dan menjemput tetamu dari seluruh dunia berkunjung ke negeri Belitung ini. Juga dikenali dengan negeri 1001 kopi pasti membuatkan kita jatuh cinta dengan kopi, tulisan kata-kata memikat yang memenuhi warkop (warung kopinya). Dikelilingi pulau-pulau indah, air laut biru hijau jernih sehinggakan menampakkan ikan-ikan berenang di dalamnya memukau buat mata yang memandang. Percutian santai dan dipenuhi dengan inspirasi ini adalah pilihan yang baik.

Previous
Next

Kembara Jejak Aceh menjejak keagungan kerajaan Islam dan ibrah tsunami. Aceh yang kaya dengan khazanah kebudayaan, perjuangan, keagamaan, kesusasteraan, dan intelektual mempesonakan sesiapa yang menggalinya. Bukan sahaja kisah kebijaksanaan pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, tetapi jugapengarang Sulalatus Salatin; Tun Seri Lanang, penyair agung Hamzah Fansuri, ulamak seperti Shaykh Nuruddin ar-Raniri, Shaykh Abdul Ra’uf Al-Sinkili sehinggalah pejuang agama seperti Teuku Umar dan Cut Nyak Din turut dikongsikan.

Previous
Next

Kembara Jejak Jogjakarta – Kota Cinta adalah suatu perjalanan penuh inspirasi menjejak kebudayaan lama Indonesia yang masih utuh diamalkan di daerah istimewa Indonesia ini.Β Peserta kembara akan dibawa menjejak sejarah Kraton, Kesultanan Jogja dan Sejarah Belanda di Jogja. Jogja juga merupakan tempat bermulanya gerakan pembaharuan Islam – Muhammadiyah, Kota pelajar dan juga kota buku. Banyak lokasi menarik untuk memburu buku di sini. Selain itu, keindahan alam, kenikmatan kopi di pelbagai kafe dan juga binaan candi juga menjadi tarikan yang mempersona di sini.

Previous
Next

Raden Adjeng Kartini, diangkat menjadi pahlawan wanita Indonesia bukan kerana kekuatan kudratnya mengangkat pedang tetapi melalui tulisan pena dan gagasan ideanya terutamanya dalam mengangkat kepentingan pendidikan di kalangan wanita di Kepulauan Jawa. Kembara Jejak Kartini bukan sekadar membawa anda menjejaki sejarah Kartini tetapi juga berkesempatan menziarahi masjid salah seorang Wali Songo iaitu Sunan Kudus.

Previous
Next

TESTIMONIAL